Falsafah Seni Ukiran Melayu

ilmu tauhid banyak mempengaruhi falsafah seni ukir melayu. Setiap ukiran mesti ada dasar, ada asas dan puncanya .Setiap motif diambil dari alam yakni flora fauna, alam yang lebih luas dan juga anatomi fizikal manusia itu sendiri. Misalnya, motif flora , yang menjalar mesti ada umbi atau tunggul/pangkalnya yang menjadi punca atau asas kehidupan. Ia melambangkan dasar aqidah yang kukuh, kemudian ia menjalar dan berkembang menjadi berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat bersesuaian dengan angka-angka popular dalam Islam, seperti tiga tingkat (Allah,Muhammad, Adam), 4 tingkat ( zat,sifat,asma dan af’a) 5 tingkat( rukun Islam) manakala 6 tingkat (rukun iman) dan terakhirnya 13 tingkat iaitu rukun 13 dalam solat yang menjadi teras kehidupan.

Dalam menjalar ia tidak boleh menindih atau menikam, bila bertemu halangan ia akan menyulur ke bawah. Walau kemana sekali pun ia berkembang/membiak akhir sekali pucuk mesti ke atas mengadap langit sebagai tanda itu akhir perjalanan insan. Seni ukir Melayu adalah satu jalan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah.
Secara mudahnya, punca atau umbi/akar adalah terhasil dari biji benih (yang 40 hari dirahim bapa kemudian, 9 bulan 10 hari di rahim ibu) lahir bersulur bertunas membesar menyusur kehidupan berlapis-lapis dalam pelbagai tahap kehidupan yakni kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya bertemu sang Pencipta (Allah Subhanahuwataala). Ini adalah asas atau dasar dalam semua jenis seni ukiran Melayu, juga seni batik, seni senjata, perahu dsbnya. Apa yang ada pada sebuah rumah (sobek kasar), juga perahu akan ada pada ukiran keris (sobek halus).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: