Penemuan Baru. Melaka Diasaskan Tahun 1262 dan Bukan 1400.

Fakta sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang digunakan sebagai bahan buku-buku teks mungkin terpaksa diubah berikutan penemuan terbaru penyelidik tempatan bahawa kerajaan tersebut yang menjadi asas kepada pembentukan negeri-negeri Melayu lain telah dibuka pada tahun 1262 dan bukan pada tahun 1400.

Syabas kepada penyelidik-penyelidik yang berusaha mengumpul bukti dan menemukan fakta baru yang secara langsung akan mengubah banyak peristiwa dan sejarah yang sedia ada. Sememangnya banyak peristiwa serta sejarah yang diberitakan serta ditulis,  mempunyai keraguan dan pertindihan tarikh dan masa seperti Kerajaan Melayu Benua Siam Islam dengan Melaka. Begitu juga sejarah Hang Tuah yang banyak mempunyai versinya tersendiri menerusi Hikayat serta catatan sejarah yang ditulis.

Menurut sumber kosmo bertarikh 1 Jun 2010, Zaman Kesultanan Melaka yang diasaskan olehParameswara wujud dalam 30 tahun lebih awal daripada kerajaan Majapahit di pulau Jawa yang diasakan pada tahun 1292 sebelum kedua-duanya bersaing mengusai rantau Nusantara.

Penemuan yang diperakukan oleh 9 penyelidik tempatan yang dilantik kerajaan negeri Melaka sekaligus menolak tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu tahun 1278. “Setakat ini mereka yakin bahawa tarikh kerajaan Melayu Melaka diasaskan ialah pada tahun 1262 iaitu 138 tahun lebih awal tetapi jika ada pihak lain yang menemui bukti baru, sila berikan bukti,” demikian kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menerusi akhbar kosmo selepas merasmikan Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka di Melaka.

April lalu, sekumpulan penyelidik merumuskan sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1278 tetapi kali ini tarikhnya berubah kepada lebih awal iaitu 1262 dan bukannya pada tahun 1400 yang menjadi sumber rujukan selama ini.

“Keputusan ini diputuskan oleh sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan negeri menerusi kerjasama Institut Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Setakat ini keputusan adalah muktamad ekoran hasil kajian penyelidik sejak tahun 2009 yang sepakat menolak pendapat penulis-penulis terdahulu.

Tarikh 1400 dan 1278 yang dikemukakan tidak mempunyai ciri fakta yang kukuh sebagai tahun sebenar penubuhan kerajaan Melayu Melaka kerana tahun itu diperolehi daripada andaian dan tujuan penulisan berdasarkan sumber-sumber yang ada,” menurut Datuk Mohd. Ali Rustam lagi.

Berdasarkan tulisan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) versi Raja Bongsu, kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada 660 Hijrah bersamaan tahun 1262. Ini secara langsung menolak kesepakatan sarjana Barat sebelum ini termasuk dari Portugal kerana bukan berdasarkan fakta sejarah. Fakta Barat diambil dari Suma Oriental yang ditulis oleh Tom Pires pada tahun 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar cakap.

Menurut Datuk Mohd. Ali Rustam, keputusan yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik adalah berdasarkan sumber bertulis, artifak dan lisan serta penyelidikan yang dijalankan di Malaysia dan di Indonesia. Antara tempat yang dilawati penyelidik termasuklah Kepulauan Riau, Pulau Penyengat, Pulau Singkep, Pulau Lingga, Sumatera Selatan iaitu di Jambi dan Palembang serta Padang dan Batu Sangkar di Sumatera Barat.

Menurut Pakar Sejarah, Prof Emiratus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, penemuan tarikh baru ini tidak boleh dianggap muktamad kerana sejarah memang selalu dikaji semula setiap kali terdapat penemuan baru. Ia tidak boleh bergantung pada sumber di dalam negara sahaja kerana ia melibatkan sumber-sumber negara lain yang terlibat,” kata beliau lagi.

Sumber: berita Kosmo. Nuzulsham Shamssuddin.

http://resam-melayu.com/2010/06/penemuan-baru-melaka-diasaskan-tahun-1262-dan-bukan-1400.html

2 comments

  1. kismis

    kami pernah berbincang mengenai ini di dalam kelas dan terdapat beberapa anggapan yang mengatakan wujudnya peradaban yang lebih maju berbanding melaka yang di sebut “kota Linggi ” oleh Hang Tuah..
    namun kajian nya terhenti kerana sebab2 tertentu.. (tak cukup dana dll)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: