Takrif Bangsa Melayu

Bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mengamalkan adat resam Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu serta hidup dalam budaya Melayu.

Menurut Abdul Rahim Kajai, bangsa Melayu adalah penduduk asal gugusan kepulauan Melayu atau alam Melayu seperti di pulau Jawa, Bugis, Madura, Bawean, Minangkabau dan juga Banjar. Orang Asli seperti suku kaum Semang, Jakun dan Pangan termasuk dalam definisi Melayu kerana mereka juga adalah penduduk asli di Semenanjung.

Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan bahawa, “jika seseorang itu bangsa Melayu, dia akan tetap dan kekal sebagai bangsa Melayu, walaupun dia dilahirkan di Kutub Utara, bertukar kerakyatan, hatta bertukar agama sekalipun”.

Beliau menjelaskan lagi “undang-undang keturunan sesuatu bangsa adalah menurut hukum Allah, rasul, adat manusia dan segala makhluk Allah, iaitu haiwan dan kayu kayan berdasarkan di sebelah bapa.

Mereka yang bukan Melayu termasuk lelaki bangsa lain yang berkahwin dengan perempuan Melayu dan bangsa anak mereka adalah mengikut bangsa sebelah bapa. Contoh lelaki bukan Melayu seperti India muslim, Cina muslim, Arab dan lain-lain bangsa selain Melayu.

Gagasan Abdul Rahim Kajai adalah bersifat tertutup dan ketat. Bukan sebarang manusia boleh diterima berbangsa Melayu walaupun ia menganut Islam sekalipun. Gagasan beliau lebih mengutamakan warisan, keturunan, persamaan dalam sosiobudaya dan geografi.

Sumber: petikan rencana ‘Ruangan Rabu’ – Berita Harian, 8 November 1989 oleh Kamarudin Musa dari Raja Mohd. Yusof Raja Othman.

http://resam-melayu.com/2010/08/takrif-bangsa-melayu.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: